hari nie aku just nak share apa yang aku terbaca saja..
sebab idea kering ,dah macam nak kemarau okey..
kisahnya bermula...............
Riana duduk di sebuah pondok usang menghadap laut.Air matanya masih lagi mengalir perlahan.Hati yang sakit sudah terlalu pahit untuk dihadapi kenyataan.Inikah balasan yang harus diterima setelah dihulurkan untuk lelaki itu?
Riana menyapu air matanya perlahan.Teringat saat lelaki yang dicintainya beralih hati.Sedangkan dia memberi hati yang tak pernah pudar kasih sehingga lima tahun mereka menyulam cinta.Ah,lelaki!!Kenangan dia dikhianati masih segar dalam ingatan Riana.Bagaimana Azree boleh melukai hati kecilnya dan pergi meninggalkannya sendiri hanya kerana perempuan itu.
Sudahlah Riana, lupakanlah kenangan itu.Tekad Riana cuma satu,lupakan semua tentang Azree.Buang dia jauh-jauh dari sudut hati.Bangun daripada kulukaan yang hanya akan menjatuhkan diri sendiri .Tapi,mampukah dia??
Mr.Mrs.
Imbas kembali....
Riana asyik melayani Muka buku .Dia membuka profil Azree sebelum matanya tetancap pada sebaris ayat yang dihulurkan lelaki itu kepada seorang perempuan.Hanya sebaris ayat....semuanya berubah.
"I love you,Ms Baby.I sayangkan you.."
Darah Riana tersa tersirap dengan kata-kata itu..Lantas Riana menghubungan kekasih hatinya meminta penjelasan..Panggilan disambungkan .Tidak dapat untuk dia menanti dan bersabar dengan kata-kata kiasan.
"Siapa Ms.Baby??Sejak bila kau bercinta dengan dia? Cakap dengan aku!"hilang sudah panggilan manja diantara mereka.
Azree diam.
"Cakaplah!Kenapa kau diam?"
"Dia girlfriend aku.Puas hati kau?Sudahlah jangan ganggu hidup aku lagi.."Azree memberi amaran.
Klik!Talian terputus.
Riana kembali lagi ke pondok yang usang itu.Gadis itu berharap agar ada sinar cahaya cinta dalam dirinya supaya dia boleh melupakan semua yang pernah menggangu jiwanya,hampir sebulan lalu.Kalau bukan kerana ego,pasti dia tidak berasa sesal begini.Sering kali dia ke sini.Mungkin hatinya akan tenang dan jiwanya akan hilang resah.Mengingatkan semua kenagna saat hatinya jatuh pada seorang lelaki yang pernah menyelamatkannya .Mmeberinya peluang untuk bernafas buat kali kedua sebagai takdir cinta nya tertulis di sini.
Setelah citanya dikhiantai ,lelaki itu kembali menagih kasih yang telah dia nodai.Sedar tentang silap dan kebodohannya yang meracuni akal hingga tidak tahu memilih yang mana cinta dan yang mana dusta.Namun,tidak semudah itu bagi insan bernama Riana.
"Antara kita ,dah tak ada apa-apa !Faham tak?Kenapa kau sibuk lagi dengan aku?"hendik Riana.
"Nana,please!Aku nak cakap sesuatu dengan kau.."jerit lelaki itu tanpa mengenal erti putus asa."Berikan aku satu peluang lagi."
"Peluang apa?Kau cakap dengan aku apa kau nak?"Riana berhenti melangkah.
"Peluang untuk aku bersama dengan kau semula,boleh??"Riana meluat dengan lelaki macam nilah,kalau hendak merayu-rayu.Kalau tak nak,buang macam sampah.!
"Sory sangat ,sekarang aku dah ada boyfriend .Kau pergilah cari perempuan lain.Hubungan kita dah putus dan tak akan bersambung lagi."Dia berkata demi menyelamatkan keadaan.Langkah
Azree terhenti.Dah ada boyfriend?Semudah itu?
imbas kembali...
Riana menekup mukanya .Terasa sesal dengan kebodohan akal yang terlewat untuk dicerna kata-kata dan tindakan yang pernah dilakukan.Kerana ego dan ikutkan kata kawan-kawan,dia membuang ellaki itu jauh-jauh.
Sehingga setahun mereka berpisah,lelaki itu kembali mengucapkan tahniah atas kejayaan berjaya menamatkan pengajian.Juga mengharap Riana memberi peluang kedua.
"Tahniah,hari nie Nana cantik..."ucap Azree,ikhlas.
"Terima kasih."jawab sekilas.Mengurtuk barangkali,muka tak sempat mekap dikatakan cantik.perli!.
"Nana,maafkan aku.Boleh?"kata-kata lelaki itu mematikan langkah Riana.
"Terlalu mudah untuk kata maaf setelah diri aku kau khianati."Kau masih ada otakdan fikirlah sewarasnya."Rianamengayunkan langkah.Teringat kata-kata temannya,jangan dilayan lelaki ini.Dia berjalan menyeberangi jalan tanpa emlihat kiri dan kanan.
"Nana,baik-baik..."Terasa ada tubuh yang menolak Riana ke tepi dan kemudian bunyi dentuman kuat sebelum pandangan Riana hilang di balik hujanan manusia yang mengerumuni tubuh Azree yang terbaring kaku di atas jalan raya.Terasa sesal yang takkan mungkin dapat diundurkan lagi setelah lelaki itu menyelamatkannya untuk kali kedua.
"Azree..."lirih Riana,namun tiada sahutan.
Riana bangun ,menuju ke kereta .Dia meandu pulang ke rumahnya setelah seharian melewati di sini.Air mata yang jatuh dipipi diseka perlahan.Benarlah,kita akan merasai cinta seseorang itu setelah kita kehilangannya.Andai masa boleh diputarkan kembali,dia ingin memberi peluang kedua kepada Azree.
Khayalan Riana nyata silap masanya.Pemanduan nya gagal dikawal dan sebuah lori trailer juga tidak dapat mengelak keretanya.Saat itu malaikat maut menghampirinya dan hanya bayangan Azree yang wujud tidak jauh dari sisinya dan menguntumkan senyuman manis dan huluran tangan.Saat huluran bersambut,pandangan Riana gelap-gelita.
Aku berikan kau peluang kedua saat nyawaku terpisah dari jasad...
Percayalah cinta sejati itu datang sekali dalam hidup.so,hargailah ia..
maaf ye kalau ada typing error..sebab aku taip sendiri ..walaupun sumbernya dari tempat laen.Credit from:Majalah Remaja bulan Oktober:)
so,apa kata korang??lets guess:)oke papai..
No comments:
Post a Comment